Tuesday 3 January 2017

welcome 2017

assalamualaikum semua.......

serius dah setahun lebih x buka blog ni..sampai email dengan password pon dah lupa..dasyat betul laa aku ni..terlalu banyak perubahan yang berlaku....aku dah pon bergelar seorang isteri dan kini menjadi ibu kepada muhammad zayd al fateh yang berusia 6 bulan......tetapi aku masih lagi menjalankan pratikal di pejabat kebajikan masyarakat jajahan kota bharu kelantan...tak lama dah pon...28/2/2017 nanti habis la..hmmm..so tggu konvo je la bulan 11 nanti....

siyes, banyak cerita sebenarnya aku nk share..huhu..xpe2..nnti aku cerita k!setakat itu dlu untuk buat masa sekarang ni.....hace a nice day korang!!musim banjir ni jangan main air yer...

Thursday 26 February 2015


assalamualaikum semua.....alhamdulilah dh selamat menjadi tunangan orang sejak 31 januari 2015...hope permulaan tahun baru yang baik bagi ku..

dah lama sangat tak conteng kat blog ni...mgkin disebabkan kesibukan bergelar seorang pelajar...hari ini ima nak kongsi pasal isu"DARAH MANIS"..firstly ima pon tak faham istilah itu..yela kan pergi mana2 pon mesti orang cakap..jaga diri ya, elok2 darah manis tuu....BETOL2 X faham lah...last2...mintak bantuan sheikh goggle ni...rupanya ramai ugak yang share pasal isu ini...

Kenapa orang bertunang ni dipanggil " darah manis"??jom baca :

Sebenarnye "darah manis" ini dirujuk kepada pasangan-pasangan yg tengah bertunang. Ianya ialah merujuk kepada kebarangkalian kepada benda-benda yg tidak baik berlaku kepada pasangan tersebut. Maksud lain nye ialah dugaan dan cabaran sepanjang proses pertunangan.


1) orang bertunang ni x elok selalu berjumpa..nnti ada orang ketiga iaitu syaitan.

2) bila dah darah manis ini..orang pandang pon nampak cantik jer..comel jer..mula lah orang nk mengorat...KATANYA muka ni berseri2...huhu

3)bnyak lah kalau nk tulis pasal " darah manis"..

tak kisah lah..jnji kita yang bertunang ini pandai jaga diri, bnyakkan bersabar dan sentiasa berdoa kepada allah....harap dikekalkan hubungan yang terjalin ini....semua ketentuan Allah..kita hnya mampu berusaha...

insyallah akan menamatkan zaman bujang pada bulan 7 2015...doakan ima k...hrp dpt menjalankan tngunjwab sebagai seorang anak, isteri, dan juga seorang pelajar....nnti  kita share2 lagi yer...ok bye!










Monday 31 March 2014

jom ketahui petua hilangkan cirit birit

salam semua.....

hari ni saya tak berapa sihat...tak tau lah tiba2 sakit perut a.k.a cirit birit...
letih kott ulang alik kat tndas...nasib baik laa toilet tepi bilik..hihihi
mgkin semalam tersalah makan. Yela kan masa makan tu sedap jer....tak tau pulak nak sakit perut....

Apa yang korang buat untuk menghilangkan sakit perut yer??Disini saya nak kongsi la bagaimana cara untuk menghilangkan cirit birit ni....rawatan tradisional tauu......

rawatan pertama
-cari pokok jambu batu, korang ambik pucuk jambu tu...
-basuh dulu tau...hihi..pastu kunyah atau nk tumbuk+sedikit air buat mcm jus pastu dan telan airnya..
-hampas pucuk tue buang ok..jgn nk telan pulak...insyallah boleh digunakan ketika kecemasan..

rawatan kedua
-Ambik serbuk teh beberapa sudu
-bancuh dengan air panas..jgn la minum pnas2..tggu suam la..hikhik
-ikut citarasa korang lah nk kelat mcm mn
-kalau saya 1 cawan saya letak 3 sudu serbuk teh..jgn lupa tapis ok...hampas   buang
-semakin kelat semakin baik.....

Rawatan ketiga
-kalau tak menjadi or cirit birit korang semakin serius
- baik pergi jumpa doktor yer...kot2 ada masalah lain...
-pergi je kecemasan terus kalau dah dalam 1 hari dah 5 6 kali dah cirit...


pernah kot masa aku tingkatan 6 kena tahan kat wad beberapa hari sebab cirit birit..letih sangat tau sbb air dalam badan dah berkurangan disebabkan bnyk yg dah kuar...huhuhu....boleh jadi knangan pahit... :-)

apa2 pon selamat mencuba yer petua tu...petua tu org dulu2 pakai la...ye la kan dulu susah nk pergi klinik2 ni....

ok olls......ima sayang korang...teruskan membaca blog ima yer....












Sunday 30 March 2014

MH370

Salam olls
sekarang ni seluruh dunia kesoh mengenai kehilangan MH370.  Pelbagai andaian, teori yang kita dengar kn??? Kehilangan  yang melibatkan Jumlah Penumpang: 239 termasuk 12 anak kapal dan dua bayi.  Juruterbang: Kapten Zaharie Ahmad shah (53 tahun) dan Kapten Fariq Abdul Hamid (27 tahun).  


RASANYA tidak pernah dalam sejarah Malaysia ada peristiwa besar berlaku yang menyebabkan media antarabangsa membuat laporan tanpa henti dan bertubi-tubi sebagaimana yang mereka hidangkan dalam kes kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sejak 8 Mac lepas.
Media, dalam kerancakan mencari kisah sebenar di sebalik misteri MH370, pun terlanjur melaporkan cerita-cerita pelik itu, yang menimbulkan keragaman antara tahyul dan fakta sains.

Tugas asas media adalah untuk mencari kebenaran atas apa yang berlaku kepada pesawat MH370 dan melaporkannya untuk kepentingan orang ramai, tetapi organisasi media dari pelbagai negara melihat fakta, komen dan pendedahan tersebut berdasarkan kepentingan nasional masing-masing.

Sebagai contoh, apabila stesen televisyen Australia mendedahkan foto-foto pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid bergambar dengan dua gadis dari Afrika Selatan dalam kokpit sebuah pesawat MAS yang terbang dari Thailand ke Kuala Lumpur, ada pihak kurang senang dengan laporan yang tidak sensitif itu.

Terdapat pihak di Malaysia mengkritik etika media Australia, dan berlaku perang media mengenai kesesuaian menyiarkan gambar-gambar seumpama itu pada saat-saat kesedihan keluarga anak kapal dan penumpang pesawat MH370.

Di Malaysia juga, ketika media Amerika dan British mempersoalkan hobi juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mempunyai simulator Boeing 777 di rumahnya, media dan polis Malaysia memilih untuk menjaga ketertiban. Polis hanya memeriksa rumah Kapten Zaharie di Shah Alam selama dua jam petang semalam ketika siasatan polis memasuki fasa penyiasatan jenayah.

Akhbar-akhbar Barat secara bebas membuat spekulasi mengenai kononnya pesawat MH370 dirampas, berlaku sesuatu kepada perlakuan juruterbang dan sebagainya, tetapi media di Malaysia memilih untuk bersikap konservatif dengan menunggu pasukan penyiasat mengumumkan sendiri penemuan-penemuan mereka.
Perbezaan mentaliti dan pendekatan media tergambar daripada liputan kehilangan MH370.

Namun, apa yang jelas daripada kehilangan pesawat MH370 ialah kita tidak boleh lagi memandang mudah isu-isu keselamatan di lapangan terbang dan dalam industri penerbangan yang kini wajib dipertingkatkan.
Pihak berkuasa Malaysia juga perlu menyediakan peruntukan yang secukupnya untuk mendapatkan aset dan teknologi pasukan mencari dan menyelamat serta mempertingkatkan keselamatan ruang udara negara.

Pergantungan kepada negara-negara sahabat dalam operasi mencari MH370 yang ditunjukkan sejak 8 Mac lalu memang bagus untuk kerjasama bilateral dan serantau tetapi ada risiko tertentu kepada keselamatan Malaysia yang diakui sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Terdapat 14 buah negara terlibat dalam gerakan mencari membabitkan 57 kapal laut dan 58 pesawat. Ini belum lagi termasuk penggunaan satelit China, India dan Amerika Syarikat. Kos mencari MH370 amat tinggi.
Kehilangan MH370 turut membuka peluang kepada banyak pihak di Malaysia untuk menilai semula strategi nasional dalam pengendalian krisis serta bagaimana kerjasama di peringkat antarabangsa dapat dimanfaatkan. 

Ada kritikan dibuat ekoran kontradiksi fakta pada hari-hari pertama kehilangan pesawat selain kecelaruan dalam gambar dua lelaki Iran yang naik pesawat menggunakan pasport curi dan penjelasan separuh masak sesetengah pegawai semasa sidang akhbar.

Sungguhpun begitu, jika diletakkan dalam konteks yang lebih luas dan untuk berlaku adil, kehilangan pesawat MH370 bukan isu Malaysia semata-mata dan ia tidak menggambarkan kelemahan, sebaliknya membuktikan tiada sesuatu yang dapat dipanggil sempurna semasa pengendalian krisis kerana pengerahan aset dan teknologi paling canggih oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China pun belum membuahkan apa-apa hasil.
Dinamik dalam pencarian dan penyiasatan kehilangan MH370 ini mungkin membuatkannya terpahat sebagai salah satu misteri besar dunia, bukan setakat kepada Malaysia.



http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140316/re_03/Pengajaran-daripada-kehilangan-MH370

Friday 28 March 2014

simpati....?kelemahan diri atau kekuatan??

salam semua....

simpati, kesian, korang rasa maksud yang sama ker??

Dalam diri aku kuat sangat ada perasaan mudah kesian kt orang..kalau boleh semua orang aku nak tolong.. One day aku keluar ke changloon, kedah...aku ada ternampak sorang paikcik yang meminta sedekah kt park kereta..Dia pakai jubah dan pakai serban..waktu tu tengah panas kot...kat tngan dia ada pegang mcm resit..Aku jangka resit tu ada diberikan apabila org bgi derma atau sedekah..hmmm...kesian aku tgk...2 3 hari memikirkan pakcik....perasaan kesian timbul..tetapi apa yang aku buat???aku hnya pndang dri jauh pak cik..timbul beribu soalan di fikiran ku...siapa pakcik tu??dia xde anak ker?dia org malaysia ker?mcm mn kebajikan dan hidup dia??semua tertnya2....tetapi apakah daya aku.....

Macam kt kolej kediaman aku pulak...hampir setiap petang ada makcik bawa anak dia jual nasi lemak.  Dia ketuk setiap pintu,,,dah la ada 5 tingkat...dia jual nasi lemak harga rm1 je satu...Pintu aku selalu jer kena ketuk...kdg2 aku sempat buka..kdg2 tak sempat...aku mesti beli nasi lemak tu sebab aku kesian kt makcik tu....walapun aku dah kenyg....tpi aku tetap beli....semuanya sebab kesian kt mak cik tu...hmm...hrp makcik tu selalu rezeki murah..

satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan...masa tu aku form 4 or 5 kot....aku keluar dengan kembar aku....ye la aku ada kembar...hihi....aku ternmpk seorang lelaki yang duduk kat stesen keretapi...dia tegur aku nak p mana...so aku jawab laa nk p cari makan..lapar.

aku terus tnya dia...
"abang buat apa kat sini"
dia cakap"abg tggu kawan abg sampai, abg xde duit, beg duit, kad pengenalan semua hilang"
terkejut kottt aku dengar..timbul la perasaan kesian...aku terus ajak dia makan sekali dgn aku..sebab aku kesian laa dah la duit xde...motor pulak tayar pancit......ajak lah dia makan kt kfc.....kfc tauuu

aku tanya la dia rumah kat mana,umur berapa..semua aku tnya...ye la kan sebab nk tau...dia cakap dia nk pinjam duit dgn aku rm50....terkejut aku..

Baru kenal xsampai setengah jam nk pnjam duit..dia siap bagi kau telefon dia untuk jaminan...dah la telefon keluaran china je..yang pakai 2 sim tu....dia ckp xde bateri....dia bagi telefon tu sebagai cagaran...aku ambk jer la...dia suruh aku ikut dia pergi tempat kawan dia..dia nk bayar duit rm 5o kt kawan dia..entah knpa laaa aku ikut diaaa..aku dengan kembar aku laaa..

kitaorg jalan hampir 30 minit...aku mulai risau dah la dekat mgrib...mesti mak aku marah sb lewat balik...dia bawak aku masuk mcm lorong laaa.....aku ikut je....rasa mcm bodoh tau...hati mula rasa x sedap....aku nmpk ada kereta sebuah...dia just bagi duit tu kt driver.

Dalam kereta itu ada dlm 3 4 org....aku dan kembar aku mula rasa gementar....ada sesuatu yg x kena dengan mamat ni...apa lagi.....aku dan kembar aku terus lari laa.....tinggalkan tempat tu..selepas dia bagi duit kt kawan dia tu..sempat ag dia kejar aku..siap bagi no fon untk mudah dia nk bayar hutang....aku terus balik umah....cagaran yabg aku bawak ialah telefon.smpai kt umah je..aku dapati telefon itu rosakkkk...

adui...kuat aku mengatakan bahwa lelaki tu tipu duit aku...no dia yang bagi tu memang x dapat....menyesal kot..semuanya sebab kesiannnn.....beberapa minggu selepas kejadian itu,,,aku dpt blik duit aku rm 50 sbb ada org tu tolong bayarkan..dia ckp dia pon tgh mencari mamat tu....pakcik yg bayarkan duit tu ckp mamat tu memang makan "pil kuda"...aku pon lupa mcm mn aku dpt berhbg dgn pakcik tu untk dptkan duit aku..yelah kan peristiwa tu dah 6 tahun berlaluuu...

...kuasa allah itu besar....mgkin allah nk tnjuk....one day aku jumpa mamat yang tipu aku tu...dia tengah khayal kt stesen bas.....cakap pon merapu...entah dia kenal aku ataau tidak...tpi bila dia tgk aku dia lari....x kan aku nk kejarr kot.....semuanya disebabkan kesian kt org...hmmm...pengajaran untk aku..slepas kejadian tu aku berhati2 untk menolong org....telepon yg aku dpt tu aku bagi kt pakcik tu......urusan aku dah slesai.....

apa2 pon life must go on......mgkin aku kena control perasaan kesian aku ni sbb dah smpai mengancam nyawa sndri...huhuhuh......ok lah semua..trima kash sudi membca......nk kesian or simpati boleh tpi kena pada tempatnya...... :-)

Tuesday 25 March 2014

9 hari berlalu.........

9 hari sudah berlalu hari lahir aku.....genaplah umur aku 22 tahun....aku dah 22???begitu cepat masa berlalu meninggalkan segala kenangan manis dan pahit....Kenangan itulah yang amat bermakna untuk aku.  Ramai yang wish birthday kat aku terutama kt fb,wechat,sms yang call pon ada. Kawan2 aku siap buat suprise lagi.  Diaorg beli kek..happy sngt..  Aku hargai semua itu dan berharap segala ucapan yang aku trima menjadi doa untuk aku.  Aku tak kisah sangat bab2 dapat hadiah ni..Maklum lah dah tua kan.  Hehehe....

tetapi.....hurmmm......tetapi sekrg x sama mcm dulu..semua dah berubah...orang di sekelilingku bersilih ganti...dugaan yang datang juga tidak sama.  Perasaan yang tidak hadir  pon tidak sama.  Aku tahu setiap orang ada kelemahan dan kebaikan masing2....Sama mcm aku..banyk kelemahan dalam diri yang menyebabkan orang di sekeliling lari meninggalkan  aku seorang diri dengan membawa haluan masing2...Tinggalah aku sendiri..Setiap detik kenangan itu datang, terlalu manis untuk aku melupakannya...Biarlah kenangan mereka akan aku kenang sampai bila2......

Alhamdulilah ya allah.....terima kasih........

Saturday 22 March 2014

kehidupan seorang pelajar universiti

salam 1 malaysia semua...

kehidupan seorang pelajar universiti?? bagi aku sangat enjoy dan kadang2 tu terlalu penat.....penat tu bila buat keje last minit...huhu macam aku...suka sangat buat keje last2 jer..Minggu pertama para pensyarah dah mula bagi tugasan tetapi tarikh submit minggu ke 13 or 14...tapi still ugak x buat keje awl2...huhu...dah memang tabiat pelajar kot..

Mesti tertnya2 kan tak buat keje so buat apa?? ni lah aku nak citer...kalau aku rutin aku tengok movie kt laptop.ye la kan nk tgk tv mana ada..so tgk citer kt laptop jer lah...copy dengan kawan2...hard disk tu penuh dgn citer2 korea, melayu, omputih, kadang2 filipina pon layan..heheh...tapi aku paling minat korea la....walaupun 16-20 episod mesti aku layan lah...dah la satu episod tu makan masa 1 jam lebih...sampai makan pon depan laptop..huhu...tpi kalau tanya pasal pelakon or lagu2 korea memang aku failed sebab aku bukan minat kt pelakon tu tapi aku minat dengan jalan citer dia. memang menarik lah...Kalau tak tengok movie??eh mesti lah ada lagi keje nk buat....Tidur!! hehehe....keje ugak kan....kadang2 tu dah terlebih tidur...mula lah kepala sakit...

Ni nak citer bab keluar jalan2....kalau aku, aku kurang ckit nk kuar jalan2, makan angin, baik aku duduk kat bilik jer...Aku akan keluar bila ada barang nk beli,kehabisan stok makanan or ada keje penting...Kadang2 tu keluar sorang jer naik bas..tambang rm2 jer...huhu..Kalau keluar ramai2 mesti sewa kete viva...huhu kena bayar rm5 per hour....kira ok lah share ramai2...kadang2 duit lebih untk byr kete...beli brg sedikit jerrr.....Apa2 pon ok lah.

bila citer bab makan..hmmm...duit bnyk ugk la untk makan..dalam satu hari tu habis la dalam 4 5 ringgit...kdg2 nasi tak makan tapi bnyk spend duit kt bnda lain..contohnya my feveret coklat moist...aduii sedappp kot...ada student jual kt tangga..memang sedapppp...nnti bila aku beli aku upload yer kt blog...aku bekas rm 3.50 kira ok la..berbaloi..romate aku seorg yang rajin...rajin memasak...dia muda dari aku...dia masak memang sedapp....aku makan jer kalau dia ajak...ada ugak share duit...kesian ugak dia asyik dia beli aku asyik makan jer...hehehe....

Masuk bab kehadiran ke kelas??aku pergi kelas..ok jer...kdg2 aku berkira untk ke kelas..yelakan kt u ni ada limit dia berapa kali tak boleh tinggal kelas...so kelas mana aku rasa aku tak pernah tinggal, aku tinggal jer...heheh....dalam 2 or 3 kali....kalau tak hadir lebih dari 6 kali memang di halang untk menduduki peperiksaan akhir..setakat 4 semester ni...ok jer...kalau bab tugasan yang pensyarah bagi? aku lebih suka tugasan individu sebab suka hati kita nk buat bila, nk cari bahan bila..janji tarikh yang kena hantar aku akan hantar..Dapat markh pon kira puas hati sebab kita buat sorang2...dpt mrkh pon untk dri sendiri..

Bila nk final exam..hah mula lah kalutt...nota tak ada, cari pensyarah tnya soalan la...hehehe....pah tu mula lah tak tidur smpai pagi....aku memang selalu mcm tu...untk mengelakkan rasa mengantok aku minum air nescafe mocca...memang tak ngantok laaa...tapi sakit kepala..hehe...lepas exam balik bilik terus tidur...bangun tidur sambung study untk paper seterusnya....padan muka aku kan...result???mana lah nk dapat dekan kalau study pon last2 jer....insyallah tahun ni 2014..azam baru matlamat baru..hehe xmau dah study dekat2 nk exam...study dari awal ye.....

Apa lagi eh nk tulis....??hehe..kalau nk cerita satu persatu pasal life kt universiti ni memang banyak laaa.....banyak kisah duka dan duka.....hehe...apa2 pon kehidupan di universiti memang terbaikkk bagi aku....!!