Monday, 31 March 2014

jom ketahui petua hilangkan cirit birit

salam semua.....

hari ni saya tak berapa sihat...tak tau lah tiba2 sakit perut a.k.a cirit birit...
letih kott ulang alik kat tndas...nasib baik laa toilet tepi bilik..hihihi
mgkin semalam tersalah makan. Yela kan masa makan tu sedap jer....tak tau pulak nak sakit perut....

Apa yang korang buat untuk menghilangkan sakit perut yer??Disini saya nak kongsi la bagaimana cara untuk menghilangkan cirit birit ni....rawatan tradisional tauu......

rawatan pertama
-cari pokok jambu batu, korang ambik pucuk jambu tu...
-basuh dulu tau...hihi..pastu kunyah atau nk tumbuk+sedikit air buat mcm jus pastu dan telan airnya..
-hampas pucuk tue buang ok..jgn nk telan pulak...insyallah boleh digunakan ketika kecemasan..

rawatan kedua
-Ambik serbuk teh beberapa sudu
-bancuh dengan air panas..jgn la minum pnas2..tggu suam la..hikhik
-ikut citarasa korang lah nk kelat mcm mn
-kalau saya 1 cawan saya letak 3 sudu serbuk teh..jgn lupa tapis ok...hampas   buang
-semakin kelat semakin baik.....

Rawatan ketiga
-kalau tak menjadi or cirit birit korang semakin serius
- baik pergi jumpa doktor yer...kot2 ada masalah lain...
-pergi je kecemasan terus kalau dah dalam 1 hari dah 5 6 kali dah cirit...


pernah kot masa aku tingkatan 6 kena tahan kat wad beberapa hari sebab cirit birit..letih sangat tau sbb air dalam badan dah berkurangan disebabkan bnyk yg dah kuar...huhuhu....boleh jadi knangan pahit... :-)

apa2 pon selamat mencuba yer petua tu...petua tu org dulu2 pakai la...ye la kan dulu susah nk pergi klinik2 ni....

ok olls......ima sayang korang...teruskan membaca blog ima yer....












Sunday, 30 March 2014

MH370

Salam olls
sekarang ni seluruh dunia kesoh mengenai kehilangan MH370.  Pelbagai andaian, teori yang kita dengar kn??? Kehilangan  yang melibatkan Jumlah Penumpang: 239 termasuk 12 anak kapal dan dua bayi.  Juruterbang: Kapten Zaharie Ahmad shah (53 tahun) dan Kapten Fariq Abdul Hamid (27 tahun).  


RASANYA tidak pernah dalam sejarah Malaysia ada peristiwa besar berlaku yang menyebabkan media antarabangsa membuat laporan tanpa henti dan bertubi-tubi sebagaimana yang mereka hidangkan dalam kes kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sejak 8 Mac lepas.
Media, dalam kerancakan mencari kisah sebenar di sebalik misteri MH370, pun terlanjur melaporkan cerita-cerita pelik itu, yang menimbulkan keragaman antara tahyul dan fakta sains.

Tugas asas media adalah untuk mencari kebenaran atas apa yang berlaku kepada pesawat MH370 dan melaporkannya untuk kepentingan orang ramai, tetapi organisasi media dari pelbagai negara melihat fakta, komen dan pendedahan tersebut berdasarkan kepentingan nasional masing-masing.

Sebagai contoh, apabila stesen televisyen Australia mendedahkan foto-foto pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid bergambar dengan dua gadis dari Afrika Selatan dalam kokpit sebuah pesawat MAS yang terbang dari Thailand ke Kuala Lumpur, ada pihak kurang senang dengan laporan yang tidak sensitif itu.

Terdapat pihak di Malaysia mengkritik etika media Australia, dan berlaku perang media mengenai kesesuaian menyiarkan gambar-gambar seumpama itu pada saat-saat kesedihan keluarga anak kapal dan penumpang pesawat MH370.

Di Malaysia juga, ketika media Amerika dan British mempersoalkan hobi juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mempunyai simulator Boeing 777 di rumahnya, media dan polis Malaysia memilih untuk menjaga ketertiban. Polis hanya memeriksa rumah Kapten Zaharie di Shah Alam selama dua jam petang semalam ketika siasatan polis memasuki fasa penyiasatan jenayah.

Akhbar-akhbar Barat secara bebas membuat spekulasi mengenai kononnya pesawat MH370 dirampas, berlaku sesuatu kepada perlakuan juruterbang dan sebagainya, tetapi media di Malaysia memilih untuk bersikap konservatif dengan menunggu pasukan penyiasat mengumumkan sendiri penemuan-penemuan mereka.
Perbezaan mentaliti dan pendekatan media tergambar daripada liputan kehilangan MH370.

Namun, apa yang jelas daripada kehilangan pesawat MH370 ialah kita tidak boleh lagi memandang mudah isu-isu keselamatan di lapangan terbang dan dalam industri penerbangan yang kini wajib dipertingkatkan.
Pihak berkuasa Malaysia juga perlu menyediakan peruntukan yang secukupnya untuk mendapatkan aset dan teknologi pasukan mencari dan menyelamat serta mempertingkatkan keselamatan ruang udara negara.

Pergantungan kepada negara-negara sahabat dalam operasi mencari MH370 yang ditunjukkan sejak 8 Mac lalu memang bagus untuk kerjasama bilateral dan serantau tetapi ada risiko tertentu kepada keselamatan Malaysia yang diakui sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Terdapat 14 buah negara terlibat dalam gerakan mencari membabitkan 57 kapal laut dan 58 pesawat. Ini belum lagi termasuk penggunaan satelit China, India dan Amerika Syarikat. Kos mencari MH370 amat tinggi.
Kehilangan MH370 turut membuka peluang kepada banyak pihak di Malaysia untuk menilai semula strategi nasional dalam pengendalian krisis serta bagaimana kerjasama di peringkat antarabangsa dapat dimanfaatkan. 

Ada kritikan dibuat ekoran kontradiksi fakta pada hari-hari pertama kehilangan pesawat selain kecelaruan dalam gambar dua lelaki Iran yang naik pesawat menggunakan pasport curi dan penjelasan separuh masak sesetengah pegawai semasa sidang akhbar.

Sungguhpun begitu, jika diletakkan dalam konteks yang lebih luas dan untuk berlaku adil, kehilangan pesawat MH370 bukan isu Malaysia semata-mata dan ia tidak menggambarkan kelemahan, sebaliknya membuktikan tiada sesuatu yang dapat dipanggil sempurna semasa pengendalian krisis kerana pengerahan aset dan teknologi paling canggih oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China pun belum membuahkan apa-apa hasil.
Dinamik dalam pencarian dan penyiasatan kehilangan MH370 ini mungkin membuatkannya terpahat sebagai salah satu misteri besar dunia, bukan setakat kepada Malaysia.



http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140316/re_03/Pengajaran-daripada-kehilangan-MH370

Friday, 28 March 2014

simpati....?kelemahan diri atau kekuatan??

salam semua....

simpati, kesian, korang rasa maksud yang sama ker??

Dalam diri aku kuat sangat ada perasaan mudah kesian kt orang..kalau boleh semua orang aku nak tolong.. One day aku keluar ke changloon, kedah...aku ada ternampak sorang paikcik yang meminta sedekah kt park kereta..Dia pakai jubah dan pakai serban..waktu tu tengah panas kot...kat tngan dia ada pegang mcm resit..Aku jangka resit tu ada diberikan apabila org bgi derma atau sedekah..hmmm...kesian aku tgk...2 3 hari memikirkan pakcik....perasaan kesian timbul..tetapi apa yang aku buat???aku hnya pndang dri jauh pak cik..timbul beribu soalan di fikiran ku...siapa pakcik tu??dia xde anak ker?dia org malaysia ker?mcm mn kebajikan dan hidup dia??semua tertnya2....tetapi apakah daya aku.....

Macam kt kolej kediaman aku pulak...hampir setiap petang ada makcik bawa anak dia jual nasi lemak.  Dia ketuk setiap pintu,,,dah la ada 5 tingkat...dia jual nasi lemak harga rm1 je satu...Pintu aku selalu jer kena ketuk...kdg2 aku sempat buka..kdg2 tak sempat...aku mesti beli nasi lemak tu sebab aku kesian kt makcik tu....walapun aku dah kenyg....tpi aku tetap beli....semuanya sebab kesian kt mak cik tu...hmm...hrp makcik tu selalu rezeki murah..

satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan...masa tu aku form 4 or 5 kot....aku keluar dengan kembar aku....ye la aku ada kembar...hihi....aku ternmpk seorang lelaki yang duduk kat stesen keretapi...dia tegur aku nak p mana...so aku jawab laa nk p cari makan..lapar.

aku terus tnya dia...
"abang buat apa kat sini"
dia cakap"abg tggu kawan abg sampai, abg xde duit, beg duit, kad pengenalan semua hilang"
terkejut kottt aku dengar..timbul la perasaan kesian...aku terus ajak dia makan sekali dgn aku..sebab aku kesian laa dah la duit xde...motor pulak tayar pancit......ajak lah dia makan kt kfc.....kfc tauuu

aku tanya la dia rumah kat mana,umur berapa..semua aku tnya...ye la kan sebab nk tau...dia cakap dia nk pinjam duit dgn aku rm50....terkejut aku..

Baru kenal xsampai setengah jam nk pnjam duit..dia siap bagi kau telefon dia untuk jaminan...dah la telefon keluaran china je..yang pakai 2 sim tu....dia ckp xde bateri....dia bagi telefon tu sebagai cagaran...aku ambk jer la...dia suruh aku ikut dia pergi tempat kawan dia..dia nk bayar duit rm 5o kt kawan dia..entah knpa laaa aku ikut diaaa..aku dengan kembar aku laaa..

kitaorg jalan hampir 30 minit...aku mulai risau dah la dekat mgrib...mesti mak aku marah sb lewat balik...dia bawak aku masuk mcm lorong laaa.....aku ikut je....rasa mcm bodoh tau...hati mula rasa x sedap....aku nmpk ada kereta sebuah...dia just bagi duit tu kt driver.

Dalam kereta itu ada dlm 3 4 org....aku dan kembar aku mula rasa gementar....ada sesuatu yg x kena dengan mamat ni...apa lagi.....aku dan kembar aku terus lari laa.....tinggalkan tempat tu..selepas dia bagi duit kt kawan dia tu..sempat ag dia kejar aku..siap bagi no fon untk mudah dia nk bayar hutang....aku terus balik umah....cagaran yabg aku bawak ialah telefon.smpai kt umah je..aku dapati telefon itu rosakkkk...

adui...kuat aku mengatakan bahwa lelaki tu tipu duit aku...no dia yang bagi tu memang x dapat....menyesal kot..semuanya sebab kesiannnn.....beberapa minggu selepas kejadian itu,,,aku dpt blik duit aku rm 50 sbb ada org tu tolong bayarkan..dia ckp dia pon tgh mencari mamat tu....pakcik yg bayarkan duit tu ckp mamat tu memang makan "pil kuda"...aku pon lupa mcm mn aku dpt berhbg dgn pakcik tu untk dptkan duit aku..yelah kan peristiwa tu dah 6 tahun berlaluuu...

...kuasa allah itu besar....mgkin allah nk tnjuk....one day aku jumpa mamat yang tipu aku tu...dia tengah khayal kt stesen bas.....cakap pon merapu...entah dia kenal aku ataau tidak...tpi bila dia tgk aku dia lari....x kan aku nk kejarr kot.....semuanya disebabkan kesian kt org...hmmm...pengajaran untk aku..slepas kejadian tu aku berhati2 untk menolong org....telepon yg aku dpt tu aku bagi kt pakcik tu......urusan aku dah slesai.....

apa2 pon life must go on......mgkin aku kena control perasaan kesian aku ni sbb dah smpai mengancam nyawa sndri...huhuhuh......ok lah semua..trima kash sudi membca......nk kesian or simpati boleh tpi kena pada tempatnya...... :-)

Tuesday, 25 March 2014

9 hari berlalu.........

9 hari sudah berlalu hari lahir aku.....genaplah umur aku 22 tahun....aku dah 22???begitu cepat masa berlalu meninggalkan segala kenangan manis dan pahit....Kenangan itulah yang amat bermakna untuk aku.  Ramai yang wish birthday kat aku terutama kt fb,wechat,sms yang call pon ada. Kawan2 aku siap buat suprise lagi.  Diaorg beli kek..happy sngt..  Aku hargai semua itu dan berharap segala ucapan yang aku trima menjadi doa untuk aku.  Aku tak kisah sangat bab2 dapat hadiah ni..Maklum lah dah tua kan.  Hehehe....

tetapi.....hurmmm......tetapi sekrg x sama mcm dulu..semua dah berubah...orang di sekelilingku bersilih ganti...dugaan yang datang juga tidak sama.  Perasaan yang tidak hadir  pon tidak sama.  Aku tahu setiap orang ada kelemahan dan kebaikan masing2....Sama mcm aku..banyk kelemahan dalam diri yang menyebabkan orang di sekeliling lari meninggalkan  aku seorang diri dengan membawa haluan masing2...Tinggalah aku sendiri..Setiap detik kenangan itu datang, terlalu manis untuk aku melupakannya...Biarlah kenangan mereka akan aku kenang sampai bila2......

Alhamdulilah ya allah.....terima kasih........

Saturday, 22 March 2014

kehidupan seorang pelajar universiti

salam 1 malaysia semua...

kehidupan seorang pelajar universiti?? bagi aku sangat enjoy dan kadang2 tu terlalu penat.....penat tu bila buat keje last minit...huhu macam aku...suka sangat buat keje last2 jer..Minggu pertama para pensyarah dah mula bagi tugasan tetapi tarikh submit minggu ke 13 or 14...tapi still ugak x buat keje awl2...huhu...dah memang tabiat pelajar kot..

Mesti tertnya2 kan tak buat keje so buat apa?? ni lah aku nak citer...kalau aku rutin aku tengok movie kt laptop.ye la kan nk tgk tv mana ada..so tgk citer kt laptop jer lah...copy dengan kawan2...hard disk tu penuh dgn citer2 korea, melayu, omputih, kadang2 filipina pon layan..heheh...tapi aku paling minat korea la....walaupun 16-20 episod mesti aku layan lah...dah la satu episod tu makan masa 1 jam lebih...sampai makan pon depan laptop..huhu...tpi kalau tanya pasal pelakon or lagu2 korea memang aku failed sebab aku bukan minat kt pelakon tu tapi aku minat dengan jalan citer dia. memang menarik lah...Kalau tak tengok movie??eh mesti lah ada lagi keje nk buat....Tidur!! hehehe....keje ugak kan....kadang2 tu dah terlebih tidur...mula lah kepala sakit...

Ni nak citer bab keluar jalan2....kalau aku, aku kurang ckit nk kuar jalan2, makan angin, baik aku duduk kat bilik jer...Aku akan keluar bila ada barang nk beli,kehabisan stok makanan or ada keje penting...Kadang2 tu keluar sorang jer naik bas..tambang rm2 jer...huhu..Kalau keluar ramai2 mesti sewa kete viva...huhu kena bayar rm5 per hour....kira ok lah share ramai2...kadang2 duit lebih untk byr kete...beli brg sedikit jerrr.....Apa2 pon ok lah.

bila citer bab makan..hmmm...duit bnyk ugk la untk makan..dalam satu hari tu habis la dalam 4 5 ringgit...kdg2 nasi tak makan tapi bnyk spend duit kt bnda lain..contohnya my feveret coklat moist...aduii sedappp kot...ada student jual kt tangga..memang sedapppp...nnti bila aku beli aku upload yer kt blog...aku bekas rm 3.50 kira ok la..berbaloi..romate aku seorg yang rajin...rajin memasak...dia muda dari aku...dia masak memang sedapp....aku makan jer kalau dia ajak...ada ugak share duit...kesian ugak dia asyik dia beli aku asyik makan jer...hehehe....

Masuk bab kehadiran ke kelas??aku pergi kelas..ok jer...kdg2 aku berkira untk ke kelas..yelakan kt u ni ada limit dia berapa kali tak boleh tinggal kelas...so kelas mana aku rasa aku tak pernah tinggal, aku tinggal jer...heheh....dalam 2 or 3 kali....kalau tak hadir lebih dari 6 kali memang di halang untk menduduki peperiksaan akhir..setakat 4 semester ni...ok jer...kalau bab tugasan yang pensyarah bagi? aku lebih suka tugasan individu sebab suka hati kita nk buat bila, nk cari bahan bila..janji tarikh yang kena hantar aku akan hantar..Dapat markh pon kira puas hati sebab kita buat sorang2...dpt mrkh pon untk dri sendiri..

Bila nk final exam..hah mula lah kalutt...nota tak ada, cari pensyarah tnya soalan la...hehehe....pah tu mula lah tak tidur smpai pagi....aku memang selalu mcm tu...untk mengelakkan rasa mengantok aku minum air nescafe mocca...memang tak ngantok laaa...tapi sakit kepala..hehe...lepas exam balik bilik terus tidur...bangun tidur sambung study untk paper seterusnya....padan muka aku kan...result???mana lah nk dapat dekan kalau study pon last2 jer....insyallah tahun ni 2014..azam baru matlamat baru..hehe xmau dah study dekat2 nk exam...study dari awal ye.....

Apa lagi eh nk tulis....??hehe..kalau nk cerita satu persatu pasal life kt universiti ni memang banyak laaa.....banyak kisah duka dan duka.....hehe...apa2 pon kehidupan di universiti memang terbaikkk bagi aku....!!

Friday, 21 March 2014

refleksi pasal ceramah yang aku dengar.....ok lah kot untuk submit kt lecture..... :-)

COMMUNITY ORGANIZING : SOCIAL WORK SOLUTIONS IN FACILITATING CARING COMMUNITIES  BY PROF. ISMAIL BABA.

Alhamdulilah berpeluang untuk mendengar ceramah Prof Ismail Baba mengenai kerja komuniti.  Rupanya banyak yang saya tidak tahu mengenai apa itu kerja komuniti, bagaimana kerja komuniti dilakukan, bagaimana untuk bergaul dan membiasakan diri dengan komuniti.  Apa yang saya faham mengenai perkongsian yang disampaikan oleh Prof Ismail Baba ialah komuniti ni ialah orang yang tinggal berhampiran dengan kita dan juga mereka yang berkongsi nilai, norma dan cara kehidupan yang sama.  Sebagai pekerja social kita harus tahu apa yang diperlukan oleh komuniti yang kita ingin tolong.  Oleh itu, penilaian terhadap komuniti itu penting sebelum kita menghulurkan bantuan.  Kita boleh mendekati satu komuniti tersebut dengan cara mengenali siapa mereka iaitu dengan cara bersembang-sembang dengan mereka di kedai-kedai kopi, dengan cara ini mereka akan bercerita dan akan mula rasa selesa dengan kehadiran kita.  Kita tidak boleh berlagak sombong atau merendahkan mereka.  Pekerja social yang bekerja dengan komuniti juga boleh berjumpa dengan ketua kampung atau seseorang yang berpengaruh di kampung berkenaan, dan patut mengetahui siapa yang layak mendapat pertolongan atau bantuan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Cara untuk mengorganisasi sesebuah komuniti ialah pekerja social haruslah melibatkan diri secara rasmi atau tidak rasmi  sebagai ketua dalam komuniti berkenaan, memerhati dan mendengar luahan mereka serta segera mengenal pasti isu mereka.  Pekerja social harus mendapatkan kerjasama daripada komuniti bukan membantu mereka tanpa mereka tidak melibatkan diri.  Sebagai contoh pekerja social berperanan sebagai ketua yang akan membahagikan tugas kepada penduduk kampung untuk melakukan sesuatu kerja atau akiviti dalam komunti berkenaan.  Pekerja social akan membantu dan membimbing komuniti sehinggalah sesuatu masalah dapat diselesaikan.  Apabila selesai masalah dalam komuniti berkenaan pekerja social harus mengucapkan selamat tinggal dan memastikan bahawa komuniti tersebut boleh berdikari, banyak kemahiran dan pengetahuan untuk mereka menyelesaikan masalah mereka sendiri pada masa hadapan tanpa bantuan pekerja social.
Ini adalah apa yang saya faham tentang ceramah yang diberikan oleh Prof Ismail Baba.  Kesimpulannya, Pekerja social perlu mempunyai banyak kemahiran dalaman dan luaran untuk membantu klien mereka.  Pekerja social juga harus rajin untuk membuat kajian mengenai isu-isu baru dan mencari jalan penyelesaian yang baik.





 ni lah dia profesor dr ismail baba...my ferevet lecure....dia lah yang bagi talk pasal organisasi komuniti tue.....very handsome person walaupon dan umur lebih 60 tahun..refleks.hikhikhik......




about my buddy from prince of songkla university, thailand

SSWA 2303 SOCIAL WORK WITH COMMUNITY AND ORGANIZATION

COMMUNITY DISCUSSION WITH OF SONGKLA UNIVERSITY (PSU) 18 MARCH 2014

Tell me about yourself (e.g. family, community, university and social work program)
Hari ini saya dapat buddy dari Prince Of Songkla (PSU).  Saya dapat dua orang buddy.  Seorang nama Nabeela Mapeeyoh dan seorang lagi bernama Kanatsanam.  Bagi saya begitu sukar untuk berinteraksi dengan Kanatsanam kerana dia tidak boleh bercakap melayu dan juga English, tetapi syukur alhamdulilah Nabeelah boleh bercakap melayu pelat Thailand.  Bercerita tentang Nabeelah atau nama manjanya Na, dia berumur 20 tahun, mempunyai 2 orang adik beradik.  Bapanya seorang penoreh getah dan ibunya pula bekerja membuat bunga di tudung.  Kanatsanam atau nama manjanya ialah Pat.  Dia ingin sangat bertutur dalam bahasa melayu tetapi tidak boleh.  Dia mempunyai 3 orang abang dan masih lagi mempunyai ibu bapa.  Nabeelah menjadi juru bahasa diantara kami berdua.  Kedua-dua buddy saya tinggal di Pattani, Thailand.  Kami saling bercerita mengenai keluarga masing-masing.  Saya ada juga menunjukkan gambar adik beradik saya dan bercerita mengenai tempat tinggal saya.  Pendapat saya tentang mereka, mereka sangat mesra dan mudah untuk berkongsi mengenai kehidupan mereka.

Why do you choose to be in social work? What is your understanding about social work?
Apa yang saya faham tentang kerja social ialah bagaimana cara kita untuk membantu individu, kelurga atau komuniti yang memerlukan bantuan dari pihak yang tertentu.  Saya memilih kerja social kerana saya suka bercakap dengan orang, suka mendengar masalah orang dan saya tidak malu untuk buat apa-apa janji sesuatu yang saya buat tidak salah dari segi undang-undang dan agama.  Saya telah bertanya kepada kedua-dua buddy saya tentang kefahaman mereka tentang kerja.  Saya telah bertanya kepada buddy saya apa kefahaman mereka dan kenapa mereka  memilih kerja social, mereka hanya memberi jawapan bahawa mereka suka bercakap, tolong orang ramai, bukan sekadar tolong tetapi membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan, pakaian dan segala kebajikan klien terjaga.  Mungkin ini sebab mengapa mereka memillih kerja social dan sedikit sebanyak kefahaman mereka.
Tell me about your community ( e.g. location, resources, facilities, roles. Groups, leaders, safety, social services)

Saya hanya bertanya soalan ini kepada Nabeelah.  Ketua kampung nya dipanggil “pui yai ban”.  Nama kampung tersebut ialah Jembel, Narathiwat.  Mereka tinggal kawasan kampung dan rumah mereka dekat-dekat.  Semuanya ialah islam.  Segala kemudahan ada dikampunya ialah seperti air, elektrik, kedai dan sebagainya.  Kehidupan mereka saling bergantung diantara satu sama lain.  Jika ada berlansungnya sesuatu majlis perkhawinan atau makan-makan, orang kampung akan membawa makanan dan juga bersama-sama untuk membantu tuan rumah.  Jika  tiba musim buah-buahan mereka akan memberikan kepada jiran-jiran.  Suka pula saya mendengar cerita nya, sedangkan saya hidup di Bandar dan masing-masing membawa haluan masing-masing, akan bertegur sapa jika keluar rumah.  Jika tiba musim buah pula, saya akan ke pasar dan beli.

Jarak dari rumahnya untuk ke stesen bas ialah 16 kilometer. Terlalu jauh bagi saya sedangkan jarak rumah saya untuk ke stesen bas hanya beberapa kilometre sahaja.   Nabeelah selalu naik motor untuk keluar membeli atau untuk menyelesaikan urusan.  Sesuatu yang menarik bagiku yang telah diceritakan oleh dia ialah orang kampung akan jaga masjid dan juga sekolah.  Pelik bunyinya.  Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada tok imam masjid dan juga guru-guru di sekolah daripada ditembak.  Rupanya mereka hidup dalam ketakutan dan berjaga-jaga, itu hanya andaian saya.  Pada setiap hari jumaat pula, kedai-kedai akan ditutup, mereka tidak akan keluar untuk menorah dan sebagainya kerana mereka akan ditembak.  Pada pukul 6 petang mereka semua akan tutup semua pintu rumah dan suasana sudah menjadi sunyi sepi.  Takut pula saya mendengar cerita mereka.  Kehidupan saya lebih selesa jika dibandingkan dengan mereka.  Kadang-kadang saya rasa saya telah hidup susah tetapi ada lagi mereka yang susah dari saya.  Bersyukur dengan apa yang saya miliki pada hari ini.  Jabatan Kebajikan Masyarakat ada pergi ke kampung mereka untuk melihat dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang susah dan memerlukan bantuan.



Tell me what kind of social work community activity that you do?
Antara kerja komuniti yang mereka telah lakukan ialah, mereka telah pergi ke rumah orang tua yang ada di Hatyai.  Mereka ada melakukan aktiviti bersama-sama orang tua iaitu mereka makan, berbual-bual dan sebagainya.  Antara kerja komuniti yang pernah saya lakukan ialah mengajar budak-budak yang berdekatan dengan rumah saya.  Saya hanya membantu yang mana saya mampu untuk menolong mereka dan sentiasa memberi kata-kata semangat untuk mereka supaya mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.

Share with me what is the best thing about your community.  I want go there.
Antara tempat menarik di kampung mereka ialah masjid yang didirikan selama 300 tahun tetapi sampai ke hari ini masjid tersebut tidak siap.  Masjid itu dibina oleh orang cina yang telah datang ke kampung tersebut.  Dalam proses untuk menyiapkan masjid tersebut, adiknya dari china disuruh oleh ibunya untuk menjemput abangnya balik kerana ibunya amat merindui anaknya.  Tetapi dia tidak mahu pulang lalu adiknya menyumpah abangnya jika abangnya tidak mahu pulang masjid yang sedang dibinanya tidak akan siap sampai bila-bila.  Oleh itu memang terbukti masjid itu tidak siap sehingga hari ini, ada orang yang ingin menyiapakan masjid itu akan disambar petir dan sebagainya.
Antara tempat menarik lagi ialah masjid yang dibina tidak menggunakan paku.  Memang menarik dan juga banyak tempat-tempat air terjun untuk dikunjungi. 







Thursday, 20 March 2014

Setiap hari-hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa daripada hari-hari lain. Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat iaitu :

1. Berlakunya hari kiamat.

Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. (Hadis Riwayat  Ibnu Majah dan  Al-Baihaqi)

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari Syurga.

 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada Syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya : “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”

 3. Penghulu segala hari.

 Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

 Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

Jadi, sama-samalah kita berdo'a moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah s.w.t.

 5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.

Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yangsebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya do'a di antara dua khutbah.

Majoriti ulama'  berpendapat bahawa makbulnya do'a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan". (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo'a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do'anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

Sahabat yang dimuliakan,
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu."

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas."

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam , " dan

"Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya  : “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi." 

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tarmizi).

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam antaranya adalah :  

1.Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat.   Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata : Rasululah s.a.w. telah bersabda maksudnya : "Tidaklah daripada seorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur".  (Hadis Riwayat Tarmizi)       

2. Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo'akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.    Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

3. Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan surah Al-Insan.    

4. Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas 

5. Memperbanyakkan do'a, zikir dan selawat

Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)". (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

6. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

7. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud:  "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang."

8. "Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar."

9. "Mereka yang berdo'a dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah."

Sahabat,
Marilah kita sama-sama kita menfaatkan malam dan hari Jumaat untuk kita mempertingkankan amal ibadah, berdo'a dan berselawat kepada Nabi s.a.w. Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam. Terdapat banyak pahala , ganjaran dan keistimewaan yang dinyatakan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w khusus untuk umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Semoga kalian semua beroleh keberkataan dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t. dalam amalan soleh yang kalian kerjakan.

Friday, 7 March 2014

APA ITU CEMBURU??

Mengikut Brigle & Buunk cemburu adalah emosional yang amat membenci akan perhubungan luar yang dilakukan oleh pasangan.  Perhubungan luar ini samda benar-benar berlaku atau hanya dibayangkan sahaja dan boleh juga kecendungan untuk berlaku.  Kalau nak tahu juga cemburu ini boleh disebabkan oleh kewujudan orang lain yang berpotensi untuk mengurangkan darjah perhubungan yang sedia ada... OWHH memang bahaya kan cemburu ni?Jom kita bca lagi berkaitan dengan cemburu..

Tanggapan bahawa kehilangan pasangan kepada individu yang menjadi saingan juga merupakan satu daripada sebab cemburu.

 Menurut Mead cemburu bukan alat yang dijadikan ukuran untuk mengukur sejauh manakan cinta atau kasih sayang seseorg terhadap pasanganya.  Tetapi ia mengambarkan rasa khuatir, tidak selamat, dan merndah diri kepada pasangan kita yang cemburu.  Seseorang yang cemburu itu tidak dapat mengelakkan diri daripada mempunyai syak wasangka atau mempunyai tanggapan yang buruk.  Disusuli pula dengan marah, sedih, kesian dengan diri sendri dan kemurungan.  so, kesannya mula hilang selera makan, susah nak tidur dan macam2 ah....aduii....so korang rasa korang ada x perasaan cemburu ni?

Ni dia ciri2 individu yang cemburu ialah rasa tidak puas hati, kehidupan begitu terikat dengan pasangan sama ada gembira atau tidak dengan pasangan masing2, golongan muda lebih cenderung cemburu daripada golongan tua, cemburu juga menyebabkan wanita menanggung derita berbanding lelaki.  Wanita lebih cenderung untuk memperbaiki hubungan yang rosak manakala lelaki hanya cuba untuk membaiki harga diri ada juga lelaki yang lebih pintar untuk menimbulkan perasaan cemburu dengan tujuan menguji pasangan.. Ada ke patut try uji mcm tu??Pesanan untuk kaum adam yer jgn sesekali uji kaum hawa mcm tu dengan menimbulkan perasaan cemburu untuk menarik perhatian..Kaum hawa kan hati lembut manja pulak tue...so ujilah dengan cara lain yer... Sekarang korang dah tau kan apa itu cemburu.... :-)
assalamualaikum.......

Dah beberapa ari x buka blog nih...Sibuk sangat dengan rutin harian hidupku sekarang ni.  Kelas xdelah pack sangat...hihi...Dalam seminggu tu mesti ada 2 atau 3 mesyuarat.....ok jer bagi aku..Takde lah tertekan sangat..Sekarang ni sibuk dengan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah aku.  Biasa la kan kehidupan seorang pelajar tidak lari dari tugasan2...Malam ni pon dah start buat tugasan berkumpulan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan siap untuk dihantar ke pensyarah.  Walaupun dah siap satu banyak lagi yang lain menunggu untuk disiapkan..huhu...Buat awal2 senang.. Semester ni xmau dah tangguh2 keje...Semua aku dah selesaikan dengan sempurna.  Untuk mendapatkan result yang gempak...usaha dan tingkah kalu pon kena diubah..Harap2 tercapai impian dan harapan aku untuk semester ini..Setakat tu dulu kot for today....selamat mmbaca yer....nite all...............................

Monday, 3 March 2014

erti sebuah sahabat.......

sahabat???korang tahu x ertinyer sebuah persahabatan???Bgi aku persahabtan ni memang penting dalam hidup seseorang.  Semua orang kt dunia ni memerlukan kawan untuk berkawan, berkongsi masalah, bermain dan semua lah.  So, dah nmpk kan kawan tu penting.  TETAPI bukan mudah nak cari kawan yg "sekepala" dengan kita, boleh terima baik buruk kita, boleh susah senang dengan kita susah sangt nk cri kawan mcm ni.  Aku ada ramai kawan dan ada pelbagai jenis perangai,sikap dan ragam.  Setiap orang x sama.  Alhamdulilah setakat ni semua kawan2 aku baik dgn aku boleh tolong aku.  Aku hrap mereka ikhlas dan tidak tikam aku dari belakang serta tidak mengata aku kt belakang......MY BEST FRIEND????SAPE EH?? Biar lah rahsia kot...huhuh....Aku suka berkawan dan mecari kawan tapi bukan LAWAN yer....aku brkawan tidak kira lelaki atau perempuan.  Aku tak kisah pon jntina ni...jnji "sebulu" dengan aku...Tapi rasenye dulu2 masa aku sek men aku ramai kawan lelaki berbanding perempuan.  Bagi aku kawan lelaki ni ok, x suka ckap2 belakang, senang mntk tolong dan memang betol2 berkawan, Tapi ada ugak kawan menjadi pakwe aku...hihih tu kisah lama kot...sekrang ni aku dah kurang berkawan dengan lelaki kawan pon kawan dlm universiti jer...Now fokus kt sorang jer iaitu "mr right" aku...hihih....apa2 pon kawan tu pnting dalam kehidupan kita tetapi mereka bukan segala-galanya untk kita.....ada yang lebih pnting dri kawan...sesiapa yer????SELAMAT BERFIKIR YE SEMUA.........

Sunday, 2 March 2014

kawin muda...mcm menarik jer??

salam olls...bertemu kembali...tangan terasa gatal untuk menaip keyboard....hmm....apa pendapat korang tentang kawin muda yer??ramai yang setuju dengan sebab yang tertentu dan ramai yang tidak bersetuju dengan sebab mereka.  Bagi aku tidak salah untuk kawin muda...jgn la muda tu umur 12 or 13 tahun dah kawin, hehe.sekolah smpai hbis dulu yer dik...hihi..Pada pendapat aku kawin muda ni mybe dalam umur 20 ke atas....mcm sweet jer... :-)
Bagi aku kawin awal banyak feadah nyer.  Antaranya ialah boleh mengelakkan berlakunya maksiat, elak dari timbul fitnah, dan banyak kot...tpi ramai parents yang menentang anak-anak mereka untuk kawin muda dengan alasan anak-anak perempuan mereka tidak dapat untuk menjaga mereka atau memberikan wang kepada mereka.  Contohnya kalau kawin ketika belajar takut suami x bagi kerja..suruh duduk kat rumah...hurmm...zaman skrg memang x cukup la kalau suami kerja sorg2 kalu gaji 4 5 ribu ok lah jugak kan..mcm aku memang xdapat la kawin muda...ahahah sekrg pon dh 22 tahun..hbis belajar 24 thun, tggu kerja lagi..hrp bakal imamku sabar menunggu..tpi aku yakin rezeki allah itu luas cuma terpulang kepada kita untuk berusaha mencarinya.  Pemikiran orang sekrg dah berubah dan susah untuk memuaskan ati semua pihak...Apa yang penting kita kena berusaha untuk mencapai apa yang kita nak dalam kehidupan kita......




salam olls...perkara yang saya paling x suka ialah bisnes....ikutlah bisnes apa2 pom...dgr je org ajak nk bisnes ke...nk iklan ke...memang aku pantang wlpon hakikatnye family aku memang buat bisnes....tapi kan mcm ada aura je yg berlaku kt aku....TIBA2...aku minat untk bisnes...aduiiii...kenapa nih aku pon pelik...kenapa lah aku terbuka hati untuk buat bisnes online...so first bisnes aku ialah PRODUK SHAKLEE..aku siap call lagi kak aku yg ke 3 untuk mintk dia dftr aku jadi ahli...memang tertarik laaa.....aku pon mulai amalkan produk ni..untuk set kurus..hehehe...hrp2 leh kurus lah...insyallah.....JOM SAMA2 AMALKAN SHAKLEE BERSAMA SAYA..KEKAL SIHAT BERSAMA SHAKLEE UNTUK ORANG TERSAYANG......













2 march 2014...pejam celik dah masuk bulan 3.....terasa begitu cepat masa berlalu.....lagi 14 hari genap umurku 22 tahun....tapi diri rasanya muda lgi....hikhikhik......bagi ku tua atau muda tidak pnting., yang penting kita kena muhasabah diri kita apa yg kita dan lakukan untuk diri kita, keluarga kita, dan untuk orang sekeliling.....berbaktikah kita kepada mereka...terutamanya kepada kedua ibu bapa kita...cerita bab parent ni..aku telah kehilangan bapa lebih 10 tahun....hnya mendapat kasih sayang dengan umi....sekarang umur umi dah lebih 50 tahun tetapi masih bkerja untuk menanggungku belajar kt universiti utara malaysia ni....aduii lambat yer nk hbis.  Sekarang bru semester 4...ada lagi 4 semester....biasa la ambik kos yang 4 tahun (bachelor social work management)..apa2 pon miss u umi..aku akan lakukan yang terbaik untuk umi..... :-)

Saturday, 1 March 2014

bermula disini...............

kisah hidup ku.....
terlalu jauh lagi perjalanan yang harus aku tempuhi...
hidup yang penuh dgn cubaan dan rintangan...
apa yang aku tahu....
aku hanya mampu terus untuk mencapai impian aku....
to be social worker........