Friday 21 March 2014

about my buddy from prince of songkla university, thailand

SSWA 2303 SOCIAL WORK WITH COMMUNITY AND ORGANIZATION

COMMUNITY DISCUSSION WITH OF SONGKLA UNIVERSITY (PSU) 18 MARCH 2014

Tell me about yourself (e.g. family, community, university and social work program)
Hari ini saya dapat buddy dari Prince Of Songkla (PSU).  Saya dapat dua orang buddy.  Seorang nama Nabeela Mapeeyoh dan seorang lagi bernama Kanatsanam.  Bagi saya begitu sukar untuk berinteraksi dengan Kanatsanam kerana dia tidak boleh bercakap melayu dan juga English, tetapi syukur alhamdulilah Nabeelah boleh bercakap melayu pelat Thailand.  Bercerita tentang Nabeelah atau nama manjanya Na, dia berumur 20 tahun, mempunyai 2 orang adik beradik.  Bapanya seorang penoreh getah dan ibunya pula bekerja membuat bunga di tudung.  Kanatsanam atau nama manjanya ialah Pat.  Dia ingin sangat bertutur dalam bahasa melayu tetapi tidak boleh.  Dia mempunyai 3 orang abang dan masih lagi mempunyai ibu bapa.  Nabeelah menjadi juru bahasa diantara kami berdua.  Kedua-dua buddy saya tinggal di Pattani, Thailand.  Kami saling bercerita mengenai keluarga masing-masing.  Saya ada juga menunjukkan gambar adik beradik saya dan bercerita mengenai tempat tinggal saya.  Pendapat saya tentang mereka, mereka sangat mesra dan mudah untuk berkongsi mengenai kehidupan mereka.

Why do you choose to be in social work? What is your understanding about social work?
Apa yang saya faham tentang kerja social ialah bagaimana cara kita untuk membantu individu, kelurga atau komuniti yang memerlukan bantuan dari pihak yang tertentu.  Saya memilih kerja social kerana saya suka bercakap dengan orang, suka mendengar masalah orang dan saya tidak malu untuk buat apa-apa janji sesuatu yang saya buat tidak salah dari segi undang-undang dan agama.  Saya telah bertanya kepada kedua-dua buddy saya tentang kefahaman mereka tentang kerja.  Saya telah bertanya kepada buddy saya apa kefahaman mereka dan kenapa mereka  memilih kerja social, mereka hanya memberi jawapan bahawa mereka suka bercakap, tolong orang ramai, bukan sekadar tolong tetapi membantu mereka untuk mendapatkan pekerjaan, pakaian dan segala kebajikan klien terjaga.  Mungkin ini sebab mengapa mereka memillih kerja social dan sedikit sebanyak kefahaman mereka.
Tell me about your community ( e.g. location, resources, facilities, roles. Groups, leaders, safety, social services)

Saya hanya bertanya soalan ini kepada Nabeelah.  Ketua kampung nya dipanggil “pui yai ban”.  Nama kampung tersebut ialah Jembel, Narathiwat.  Mereka tinggal kawasan kampung dan rumah mereka dekat-dekat.  Semuanya ialah islam.  Segala kemudahan ada dikampunya ialah seperti air, elektrik, kedai dan sebagainya.  Kehidupan mereka saling bergantung diantara satu sama lain.  Jika ada berlansungnya sesuatu majlis perkhawinan atau makan-makan, orang kampung akan membawa makanan dan juga bersama-sama untuk membantu tuan rumah.  Jika  tiba musim buah-buahan mereka akan memberikan kepada jiran-jiran.  Suka pula saya mendengar cerita nya, sedangkan saya hidup di Bandar dan masing-masing membawa haluan masing-masing, akan bertegur sapa jika keluar rumah.  Jika tiba musim buah pula, saya akan ke pasar dan beli.

Jarak dari rumahnya untuk ke stesen bas ialah 16 kilometer. Terlalu jauh bagi saya sedangkan jarak rumah saya untuk ke stesen bas hanya beberapa kilometre sahaja.   Nabeelah selalu naik motor untuk keluar membeli atau untuk menyelesaikan urusan.  Sesuatu yang menarik bagiku yang telah diceritakan oleh dia ialah orang kampung akan jaga masjid dan juga sekolah.  Pelik bunyinya.  Hal ini bertujuan untuk mengelakkan daripada tok imam masjid dan juga guru-guru di sekolah daripada ditembak.  Rupanya mereka hidup dalam ketakutan dan berjaga-jaga, itu hanya andaian saya.  Pada setiap hari jumaat pula, kedai-kedai akan ditutup, mereka tidak akan keluar untuk menorah dan sebagainya kerana mereka akan ditembak.  Pada pukul 6 petang mereka semua akan tutup semua pintu rumah dan suasana sudah menjadi sunyi sepi.  Takut pula saya mendengar cerita mereka.  Kehidupan saya lebih selesa jika dibandingkan dengan mereka.  Kadang-kadang saya rasa saya telah hidup susah tetapi ada lagi mereka yang susah dari saya.  Bersyukur dengan apa yang saya miliki pada hari ini.  Jabatan Kebajikan Masyarakat ada pergi ke kampung mereka untuk melihat dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang susah dan memerlukan bantuan.



Tell me what kind of social work community activity that you do?
Antara kerja komuniti yang mereka telah lakukan ialah, mereka telah pergi ke rumah orang tua yang ada di Hatyai.  Mereka ada melakukan aktiviti bersama-sama orang tua iaitu mereka makan, berbual-bual dan sebagainya.  Antara kerja komuniti yang pernah saya lakukan ialah mengajar budak-budak yang berdekatan dengan rumah saya.  Saya hanya membantu yang mana saya mampu untuk menolong mereka dan sentiasa memberi kata-kata semangat untuk mereka supaya mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.

Share with me what is the best thing about your community.  I want go there.
Antara tempat menarik di kampung mereka ialah masjid yang didirikan selama 300 tahun tetapi sampai ke hari ini masjid tersebut tidak siap.  Masjid itu dibina oleh orang cina yang telah datang ke kampung tersebut.  Dalam proses untuk menyiapkan masjid tersebut, adiknya dari china disuruh oleh ibunya untuk menjemput abangnya balik kerana ibunya amat merindui anaknya.  Tetapi dia tidak mahu pulang lalu adiknya menyumpah abangnya jika abangnya tidak mahu pulang masjid yang sedang dibinanya tidak akan siap sampai bila-bila.  Oleh itu memang terbukti masjid itu tidak siap sehingga hari ini, ada orang yang ingin menyiapakan masjid itu akan disambar petir dan sebagainya.
Antara tempat menarik lagi ialah masjid yang dibina tidak menggunakan paku.  Memang menarik dan juga banyak tempat-tempat air terjun untuk dikunjungi. 







2 comments:

  1. nak berkenalan yg pkai tudung hitam tu bleh?.. perkongsian kerja sosial yang menarik.. keep it up

    ReplyDelete
  2. oopsss yang pakai tdung hitam tu x bolehh..maaf yer encik khairol :-)

    ReplyDelete