Friday 21 March 2014

refleksi pasal ceramah yang aku dengar.....ok lah kot untuk submit kt lecture..... :-)

COMMUNITY ORGANIZING : SOCIAL WORK SOLUTIONS IN FACILITATING CARING COMMUNITIES  BY PROF. ISMAIL BABA.

Alhamdulilah berpeluang untuk mendengar ceramah Prof Ismail Baba mengenai kerja komuniti.  Rupanya banyak yang saya tidak tahu mengenai apa itu kerja komuniti, bagaimana kerja komuniti dilakukan, bagaimana untuk bergaul dan membiasakan diri dengan komuniti.  Apa yang saya faham mengenai perkongsian yang disampaikan oleh Prof Ismail Baba ialah komuniti ni ialah orang yang tinggal berhampiran dengan kita dan juga mereka yang berkongsi nilai, norma dan cara kehidupan yang sama.  Sebagai pekerja social kita harus tahu apa yang diperlukan oleh komuniti yang kita ingin tolong.  Oleh itu, penilaian terhadap komuniti itu penting sebelum kita menghulurkan bantuan.  Kita boleh mendekati satu komuniti tersebut dengan cara mengenali siapa mereka iaitu dengan cara bersembang-sembang dengan mereka di kedai-kedai kopi, dengan cara ini mereka akan bercerita dan akan mula rasa selesa dengan kehadiran kita.  Kita tidak boleh berlagak sombong atau merendahkan mereka.  Pekerja social yang bekerja dengan komuniti juga boleh berjumpa dengan ketua kampung atau seseorang yang berpengaruh di kampung berkenaan, dan patut mengetahui siapa yang layak mendapat pertolongan atau bantuan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.
Cara untuk mengorganisasi sesebuah komuniti ialah pekerja social haruslah melibatkan diri secara rasmi atau tidak rasmi  sebagai ketua dalam komuniti berkenaan, memerhati dan mendengar luahan mereka serta segera mengenal pasti isu mereka.  Pekerja social harus mendapatkan kerjasama daripada komuniti bukan membantu mereka tanpa mereka tidak melibatkan diri.  Sebagai contoh pekerja social berperanan sebagai ketua yang akan membahagikan tugas kepada penduduk kampung untuk melakukan sesuatu kerja atau akiviti dalam komunti berkenaan.  Pekerja social akan membantu dan membimbing komuniti sehinggalah sesuatu masalah dapat diselesaikan.  Apabila selesai masalah dalam komuniti berkenaan pekerja social harus mengucapkan selamat tinggal dan memastikan bahawa komuniti tersebut boleh berdikari, banyak kemahiran dan pengetahuan untuk mereka menyelesaikan masalah mereka sendiri pada masa hadapan tanpa bantuan pekerja social.
Ini adalah apa yang saya faham tentang ceramah yang diberikan oleh Prof Ismail Baba.  Kesimpulannya, Pekerja social perlu mempunyai banyak kemahiran dalaman dan luaran untuk membantu klien mereka.  Pekerja social juga harus rajin untuk membuat kajian mengenai isu-isu baru dan mencari jalan penyelesaian yang baik.





 ni lah dia profesor dr ismail baba...my ferevet lecure....dia lah yang bagi talk pasal organisasi komuniti tue.....very handsome person walaupon dan umur lebih 60 tahun..refleks.hikhikhik......




No comments:

Post a Comment